Wednesday, 4 September 2013

Running Man rancangan paling popular dan kelakar.


Assalamualaikum hai semua!! 
Kali ni saya nak cerita pasal Running Man(RM) yang merupakan sebuah variety show komedi yang sangat popular di seluruh Korea dan di serata dunia.. Sejak rancangan ni bermula pada bulan Julai Tahun 2010, dari episod ke episod peminat rancangan ni semakin bertambah dan ianya bukan setakat berkembang di negara Korea sahaja malah berkembang pesat di seluruh negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, Singapore, Indonesia dan juga Malaysia. Trademark Running Man ialah 'Don't Walk, but Run'.. Golongan2 remaja terutamanya penggemar hebat rancangan ini. Peminat setialah bak kata orang.. Sekarang Running Man dah masuk 3 tahun bersiaran, lama jugak yeee.. Kata2 yang sangat famous dalam rancangan ini antaranya ialah DAEBAK!! HYUNG!! JJANG!! YAH!! dan macam2 lagilah yang pasti memang mencuit hati dan kelakar..


Ini antara gambar2 ahli2 RunningMan. Mari lihat..



Gambar ini saya edit sendiri bersama dengan rakan saya OKAY tak...hehe
Kalau nak tahu Ji-hyo adalah merupakan satu-satunya bunga yang join dalam rancangan ini kuat jugak dia ni walaupun perempuan ha...






Ini Monday Couple yang sangat famous & sweet je bile diorang bersama..





Ini pula kalau korang nak tahu gelaran2 yang diorang dapat dalam Running Man.




Ha macam2 gelaran kan diorang dapat..hemmhemmm
Yang ni pulak gelaran bila diorang berada dalam 1 team..




Memang kelakar la rasa tapi sangat2 fun..


Berikut adalah antara 10 sebab kenapa running man jadi tarikan:
1. Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.
2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai          keistimewaan yang tersendiri.
3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.
4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba   berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.
5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).
6. Suntingan yang mantap daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada 10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Gila kan?
7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi.
8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik.
9. Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man.
10. Lee Kwang Soo si pengkhianat.





Okay bagi peminat2 running man di luar sana teruskan menonton running man yeahh!! Wasalam..

No comments:

Post a Comment