Wednesday, 4 September 2013

Wajah Versi Kartun


Assalamualaikum dan salam ceria semua.. Untuk kali ni saya nk share sikit la pasal  artwork2 saya dalam melukis wajah ke versi kartun.. Nak timba ilmu baru. hmm saya pun baru belajar dalam membuat wajah2 versi kartun ni tak terer dan pro lagi macam designer2 yang lain.. Saya nak mencuba buat sebab tengok orang buat nampak cantik so saya pun try la buat. Belum cuba belum tahu kan.. Sebelum tu saya banyak tengok tutorial dan video2 pasal buat wajah kartun ni perhatikan teknik2 yang diorang guna. Saya menggunakan software Adobe Illustrator. Kalau korang ade yang nak try buat rujuk la tutorial dulu ye taip je kt Mr.Google sume ade hujung jari je info2 sume tu..

Okay ini antara wajah2 versi kartun yang telah saya hasilkan banyak juga orang2 yang saya ambil jadikan sebagai eksperimen hehehh.. Untuk permulaan saya trace gambar saya dulu kalau tak menjadi tak apalah gambar saya hehe tapi alhamdulillah menjadi la jugak.. Inilah rupanya..




Yang ni Adik Angkat saya Atiqah Syarifudin.
   

Ha yang ni pulak artis sape tak kenal kan Zoey Rahman.. 
                 

Yang ni kawan 1 kelas En. Jimmy
  

Macam mana ade rupa tak rase2 wajah kartun tu dengan yang sebenar.. Sehingga ke hari ini saya terus dan terus meningkatkan usaha untuk menghasilkan yang terbaik.. Yang penting usaha ok. Sekurang-kurangnya saya mencuba daripada melihat sahaja.. Kalau dah menjadi seronok tak terhingga hehehhh.. Ha okaylah sampai disini sahaja pengkosian saya tentang Wajah Versi Kartun. wasalam.
        




Running Man rancangan paling popular dan kelakar.


Assalamualaikum hai semua!! 
Kali ni saya nak cerita pasal Running Man(RM) yang merupakan sebuah variety show komedi yang sangat popular di seluruh Korea dan di serata dunia.. Sejak rancangan ni bermula pada bulan Julai Tahun 2010, dari episod ke episod peminat rancangan ni semakin bertambah dan ianya bukan setakat berkembang di negara Korea sahaja malah berkembang pesat di seluruh negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, Singapore, Indonesia dan juga Malaysia. Trademark Running Man ialah 'Don't Walk, but Run'.. Golongan2 remaja terutamanya penggemar hebat rancangan ini. Peminat setialah bak kata orang.. Sekarang Running Man dah masuk 3 tahun bersiaran, lama jugak yeee.. Kata2 yang sangat famous dalam rancangan ini antaranya ialah DAEBAK!! HYUNG!! JJANG!! YAH!! dan macam2 lagilah yang pasti memang mencuit hati dan kelakar..


Ini antara gambar2 ahli2 RunningMan. Mari lihat..



Gambar ini saya edit sendiri bersama dengan rakan saya OKAY tak...hehe
Kalau nak tahu Ji-hyo adalah merupakan satu-satunya bunga yang join dalam rancangan ini kuat jugak dia ni walaupun perempuan ha...






Ini Monday Couple yang sangat famous & sweet je bile diorang bersama..





Ini pula kalau korang nak tahu gelaran2 yang diorang dapat dalam Running Man.




Ha macam2 gelaran kan diorang dapat..hemmhemmm
Yang ni pulak gelaran bila diorang berada dalam 1 team..




Memang kelakar la rasa tapi sangat2 fun..


Berikut adalah antara 10 sebab kenapa running man jadi tarikan:
1. Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.
2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai          keistimewaan yang tersendiri.
3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.
4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba   berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.
5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).
6. Suntingan yang mantap daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada 10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Gila kan?
7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi.
8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik.
9. Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man.
10. Lee Kwang Soo si pengkhianat.





Okay bagi peminat2 running man di luar sana teruskan menonton running man yeahh!! Wasalam..